Thursday, March 22, 2007

Rilekskan mata

1. Lihat gambar ini......




Kirakan ada berapa bentuk muka tampan dalam gambar tersebut


2.Lihat yang ini pula..........


Gambar yang ini berapa pula.............

3. Ada lagi.........



Ada berapa jenis binatang dalam gambar ini....

4. Rileks lagi.......








Siapa yang naik, siapa yang turun......

5. Rileks....rileks...



Ramainya penonton..........

Rileks kan otak

Cuba jawab teka-teki ini........

1. Di sebuah rumah yang terdapat pintu, tingkap, tandas bilik mandi, bilik tidur, ruang makan, almari, kipas, bilik study, tv, meja kerusi,aquarium, gambar, buku, komputer, radio, jam, baju, mesin basuh, peti, pinggan, cawan,cerek, periuk, dapur gas, sudu garfu, cawan, kuali,bantal busuk, tilam, katil, tikar getah,pasu dan lain2 tinggal sepasang suami isteri bersama 3 orang anaknya berserta seekor kucing.dalam banyak2 tingkap, tingkap apa tak ada langsir ?

Jawapan : tetingkap window


2. kalau kucing naik moto manusia naik apa ?

Jawapan : Naik hairanlah

3. Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Jawapan : Patah balik sebab tak boleh nak lalu.

4.Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?


Jawapan : Telur

5. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.


Jawapan : kuih donut

6. Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Jawapan : Berjalan mengundur kebelakang

7. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapan : jatuh pokok kelapa naik dulu baru jatuh, jatuh perigi -jatuh dulu baru naik...


8.Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Jawapan : Jadi bertambahlah bilangannya.....


9. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Jawapan : Tapak kaki le....

10. Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Jawapan : Buang tebiat